BERBAKTI KEPADA IBU BAPA DAN HARTA ANAK MILIK BAPANYA

Assalammualaikum w.b.t.


Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata : Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk saya pergauli dengan baik? Baginda menjawab : “IBUMU” Lelaki itu bertanya lagi ; ” Kemudian siapa?” Nabi menjawab : ” IBUMU.” Lelaki itu bertanya lagi : ” Kemudian siapa?”. Nabi menjawab : ” IBUMU.” Lelaki itu bertanya lagi ; ” Kemudian siapa?” Nabi menjawab : ” BAPAMU.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata. Nabi SAW bersabda : 

“Hinalah seseorang, hinalah seseorang, hinalah seseorang iaitu orang yang mendapatkan kedua-dua orang tuanya atau salah seorang di antara keduanya telah tua namun pemeliharaannya ke atas mereka tidak menyebabkan dia masuk syurga.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Pernah seorang anak datang mengadu kepada Rasulullah SAW: 

“Wahai Rasulullah, saya memiliki harta dan anak akan tetapi ayahku ingin menghabiskan harta aku.” Rasulullah menjawab: “Kamu dan harta kamu adalah milik ayah kamu.”

(Hadis Sahih Riwayat Ibn Majah dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah – hadis no: 2291 (Kitab al-Tijarah, Bab apa bahagian ayah daripada harta anaknya)

Dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda: 

“Tidak dihalalkan bagi seseorang memberikan satu pemberian kemudian memintanya balik kecuali seorang ayah terhadap apa yang diberikannya kepada anaknya.

(Hadis Sahih Riwayat al-Tirmizi dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi – hadis no: 1299 (Kitab al-Buyu’, Bab berkenaan mengambil balik apa yang telah diberikan)



Post a Comment

18 Comments

  1. terima kasih atas perkongsian ini dik..

    ReplyDelete
  2. اَللَّهُمَّ اغْفِرَلِيْ وَلِوَالِدَىَّ وَٰرْحَمْهُمَا كَمَارَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

    ReplyDelete
  3. Dah bnyk ayah berhabis utk besar kita apa slhnye share sikit ngan ayah tu...;-)

    ReplyDelete
  4. “Tidak dihalalkan bagi seseorang memberikan satu pemberian kemudian memintanya balik kecuali seorang ayah terhadap apa yang diberikannya kepada anaknya".

    I love that. So true. Thanks cik yaya.

    ReplyDelete
  5. brbkti kepada mereka dunia akhirat, moga kt jd anak solehah

    ReplyDelete
  6. Baru tahu, ayah boleh mintak balik apa yg telah diberikan pada anaknya

    ReplyDelete
  7. nice share.. tabahan ilmu baru berkenaan harta milik bapa tu..

    ReplyDelete
  8. Terima kasih ye yaya atas perkongsian ni

    ReplyDelete
  9. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  10. Salam alaik kak. Dah lama In tak datang sini. Terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  11. Ibu tiada ganti nya... jika seorng lelaki itu menjaga ibu nya dngn penuh kasih sayang, InsyaAllah beliau juga akan jd suami yg baik... anyway, this is my blog jika sudi follow http://mrparanoidwords.blogspot.my/

    ReplyDelete
  12. besar rahmatnya.. semoga dpt berbakti kpd ibu bapa.. huhu

    ReplyDelete
  13. Tanpa ibu bapa, siapalah kita... untung jika masih punyai ibu bapa. Gedung pahala buat anak...

    ReplyDelete